Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Ahad, tiga mangsa termasuk seorang wanita yang menaiki kayak dilihat terbalik oleh orang awam sebelum membuat laporan kepada APMM
Difahamkan, mereka memulakan aktiviti kayak sekitar jam 2 petang sebelum terperangkap dalam pusaran air.
Menurutnya, sebaik sahaja menerima laporan, Bot Petir 84 milik APMM dikerah ke lokasi kejadian bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Bagaimanapun, mangsa wanita, Foo Siee Wan, 54, ditemukan selamat dan berkayak naik ke darat melalui Pantai Blue Lagoon di sini kira-kira pukul 8 malam.
"Sehingga 11 malam tadi, dua mangsa lelaki masing-masing Hew Yoong Loong, 61, dan Leow Shak Kwan, 54, masih belum ditemukan serta dikhuatiri lemas," katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Ahmad Faridi, pelancong tempatan itu datang dari Shah Alam, Selangor dan merupakan kali pertama melakukan aktiviti kayak dengan menggunakan kayak persendirian di pantai berkenaan.
Difahamkan, mereka memulakan kayuhan sekitar 2 petang sebelum tiga daripadanya termasuk mangsa yang terselamat terperangkap dalam pusaran air.
Jelasnya, SAR dihentikan sehingga 12 malam tadi dan operasi disambung pada pukul 7 pagi ini dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sumber Dua pelancong tempatan dilaporkan lemas
0 Response to "Dua pelancong tempatan dilaporkan lemas"
Post a Comment