Curi seluar dalam lelaki, promoter wanita dipenjara sehari

Mahkamah Majisret menjatuhi hukuman penjara dan denda terhadap seorang promoter wanita yang mengaku mencuri seluar dalam lelaki. ― Paparan skrin GoogleMahkamah Majisret menjatuhi hukuman penjara dan denda terhadap seorang promoter wanita yang mengaku mencuri seluar dalam lelaki. ― Paparan skrin GoogleMELAKA, 17 Okt ― Seorang promoter wanita sebuah pasar raya di sini, dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana mencuri pakaian lelaki termasuk seluar dalam.

Roslinda Kasaruddin, 33, mengaku salah mencuri dua kotak seluar dalam lelaki, selain sehelai seluar denim lelaki, sehelai baju berkolar lengan pendek bernilai RM298.90.

Perbuatan itu dilakukannya jam 10.13 malam di parkir motosikal Aeon Bandaraya Melaka, Jalan Panglima Awang di sini, pada 20 Jun 2017, lapor Harian Metro.

Majistret Mohd Firdaus Saleh kemudian menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000.



Sumber Curi seluar dalam lelaki, promoter wanita dipenjara sehari

Related Posts :

0 Response to "Curi seluar dalam lelaki, promoter wanita dipenjara sehari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect