Cabaran Permainan 'Mati Otak' Akhirnya Diharamkan

Cabaran Permainan 'Mati Otak' Akhirnya Diharamkan

Anda boleh ‘skip’ cabaran ini kerana boleh mengakibatkan 'mati otak'. (Gambar: Facebook)

Zaman sekarang memang banyak permainan baru diwujudkan. Tidak kurang ada dalam kalangan pelajar terikut-ikut melakukan sesuatu yang dianggap permainan baru kononnya menyeronokkan dan memberikan cabaran pada orang lain untuk melakukannya.

Sama ada ia membabitkan perbuatan atau tindakan fizikal antara dua pihak, ianya perlu diperhalusi dan difikirkan secara mendalam mengenai kesan baik dan buruk.

Terbaru, satu permainan yang boleh membawa maut turut menjadi tular di media sosial dan 'berjangkit' pada pelajar lain untuk meniru aksi dalam permainan itu.  

MEMANG PATUT DIHARAMKAN

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini memaklumkan permainan ‘pass out-game’ diharamkan serta merta. Untuk anda yang belum arif berhubung isu ini, ‘pass out’ adalah satu permainan yang menekan dada rakan bagi membuat individu terbabit pengsan selama beberapa saat.

Tekanan terbabit dipercayai dapat menghentikan denyutan jantung, sekali gus menyebabkan individu terbabit pengsan. Malah, video yang memaparkan beberapa remaja melakukan aksi terbabit menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Pelbagai kecaman diterima dan ramai yang menyelar tindakan terbabit.

Tambahnya seperti dilaporkan Bernama, pihak kementerian akan mengeluarkan arahan kepada warden asrama dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah bagi memantau aktiviti terbabit. Ujarnya, kerajaan tidak mahu ‘game’ berkenaan menjadi budaya terbaru yang diamalkan pelajar di negara ini.

"Permainan pelik seperti ini pun ada dan ia perlu diharamkan,” katanya.
 
Remaja ini pengsan selama lima saat selepas dadanya ditekan.

BOLEH MENYEBABKAN MATI OTAK

Dalam laporan Berita Harian sebelum ini, seorang pakar perubatan kecemasan turut menyelar tindakan remaja berkenaan. Malah, beliau turut memberi amaran permainan terbabit berisiko menyebabkan kecacatan kekal pada otak.

Jelasnya, sekiranya sel otak tidak menerima bekalan oksigen, organ terbabit boleh rosak dan boleh menyebabkan  'mati otak'. Selain itu ia turut menyebabkan masalah pendarahan mata, sakit kepala dan sesak nafas.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk ‘skip’ cabaran ini dan pilihlah cabaran yang lebih bernas, selamat dan paling penting masuk akal.
 
 



Sumber Cabaran Permainan 'Mati Otak' Akhirnya Diharamkan

Related Posts :

0 Response to "Cabaran Permainan 'Mati Otak' Akhirnya Diharamkan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect