17 OKTOBER ― Dalam kajian yang baru diterbitkan, tiga professor komunikasi dari Brigham Young University mendapati secara purata setiap hari, 1.28 bilion orang dan hampir 2 bilion pemegang akaun Facebook menyemak akaun mereka dalam sebulan.
Menurut satu anggaran baru-baru ini, pengguna Facebook rata-rata menghabiskan dan meluangkan masa mereka 35 minit sehari pada platform media sosial kegemaran ini.
Dalam penyelidikan mereka, para profesor komunikasi di Brigham Young University ini ingin mengetahui mengapa ramai menggunakan platform sosial ini dan mereka telah merekrut sekumpulan kecil pengguna Facebook berumur 18 hingga 32 tahun sebagai sampel kajian mereka.
Subjek kajian membabitkan penilaian ke atas 48 kenyataan penggunaan Facebook dan berdasarkan respon subjek, pasukan penyelidik mengenal pasti empat kategori pengguna Facebook iaitu penjalin hubungan, penyebar maklumat (town criers) , swafoto (selfies), dan peninjau bebas.
Penemuan mereka telah diterbitkan dalam International Journal of Virtual Communities and Social Networking.
Penyelidik utama Tom Robinson turut menyoal ‘mengenai apakah yang menarik tentang platform media sosial Facebook yang menjadi kegemaran pengguna diseluruh dunia?’. “Kenapa pengguna begitu bersedia untuk berkongsi dan memaparkan mengenai kehidupan dan diri mereka? Dan tidak ada pula yang bertanya, ‘Mengapa kamu suka melakukannya?’“.
Penjalin hubungan biasanya menyiarkan, berhubung dengan rakan, sahabat dan orang lain dan menggunakan ciri Facebook tambahan terutamanya dalam usaha untuk memperkuat hubungan yang wujud di luar dunia maya mereka.
“Mereka menggunakannya sebagai lanjutan daripada kehidupan sebenar mereka, dengan keluarga dan sahabat hidup mereka,” kata Robinson.
Mereka yang berada dalam kumpulan ini boleh dikenal pasti dengan kenyataan seperti “Facebook membantu saya untuk menyatakan kasih sayang kepada keluarga saya dan membolehkan keluarga saya menyatakan kasih sayang kepada saya.”
Sebaliknya, penyebar maklumat agak berbeza kerana mereka hanya “ingin memberitahu semua orang tentang apa yang sedang berlaku,” kata Robinson.
Mereka memaparkan cerita dan berita, mengumumkan peristiwa tetapi mengabaikan laman profilnya, lebih suka mengemas kini keluarga dan kawan melalui cara alternatif.
Swafoto pula menggunakan Facebook untuk mempromosikan diri sendiri. Seperti penjalin hubungan, mereka menyiarkan gambar, video dan kemas kini maklumat teks tetapi tidak seperti pembina hubungan, mereka memberi tumpuan untuk mendapatkan perhatian, mahu di sukai dan inginkan komen dari pelawat.
Mereka dalam kumpulan swafoto kata penyelidik bersama kajian Kris Boyle, menggunakan platform “untuk memaparkan imej mereka sendiri, sama ada tepat atau tidak.” Mereka juga dikatakan mengalami masalah mental.
Peninjau bebas atau ahli bebas pula, merasakan atau menjadi tanggungjawab sosial untuk berada di Facebook tetapi jarang menyiarkan dan berkongsi maklumat.
Tidak seperti ‘penyebar maklumat’, para pengguna ini, kata pengkaji Clark Callahan, “ingin melihat apa yang dilakukan oleh orang lain. Ini bersamaan dengan menjadi penonton atau pemerhati.”
Peninjau bebas hanya ingin profil Facebook seseorang yang mereka sukai dan mengetahui status, minat dan hubungan mereka.
“Media sosial sangat mempengaruhi diri dan perlakuan kita sekarang,” kata Boyle. “Dan kebanyakan orang tidak berfikir mengapa mereka melakukannya, tetapi jika orang dapat mengenali tabiat mereka, sekurang-kurangnya ia mewujudkan satu kesedaran.”
* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik.
** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.
Sumber Anda jenis pengguna Facebook yang mana? ― Azizi Ahmad
0 Response to "Anda jenis pengguna Facebook yang mana? ― Azizi Ahmad"
Post a Comment