BEIRUT: Sekurang-kurangnya 11 orang awam, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam satu serangan udara di sebuah pasar, di barat laut Syria.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria menyatakan serangan ke atas pasar di wilayah Maaret al-Numan di Idlib itu berkemungkinan besar dilakukan oleh pasukan keselamatan.
Sebahagian besar wilayah Idlib, termasuk Maaret al-Numan dikuasai oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) iaitu bekas rakan sekutu Al-Qaeda.
Ketua Pemantau, Rami Abdel Rahman,, berkata "pesawat tentera" menjadikan pasar berkenaan sebagai sasaran.
"Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk kanak-kanak terbunuh. Kira-kira 20 orang lagi cedera dan ini bermakna jumlah kematian mungkin meningkat," katanya. - AFP
Sumber 11 maut serangan udara di Syria
0 Response to "11 maut serangan udara di Syria"
Post a Comment