Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan tokan dadah dipercayai membekalkan bahan terlarang itu kepada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang tular di media sosial.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tiada tangkapan dibuat pihaknya seperti dilaporkan.
"Tiada tangkapan membabitkan lelaki seperti yang tular di media sosial dan berita itu adalah tidak benar.
"Diharap orang ramai berhenti menyebarkannya viral itu. Polis memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan berita palsu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, kecoh tentang satu mesej viral di Facebook dengan memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Dewali Keramat ditahan polis.
Dalam mesej itu, suspek didakwa menjadi pengedar di sekitar Keramat dan mempunyai pelanggan yang terdiri daripada semua peringkat usia.
Individu terbabit juga dikatakan menjadi pembekal dadah kepada suspek remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini.
Polis turut dikatakan merampas 117 pil kuda bernilai RM1,170 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Keramat Hujung, petang kelmarin.
Sumber
Polis nafi tahan Dewali Keramat
Related Posts :
“Dia ni first & last” – Lepas 7 Tahun Terpisah, Wanita Akhirnya Kahwin Dengan ‘Crush’ SekolahKalau dah jodoh, cuba elak macam mana sekalipun, pasti akan bersama, lebih indah kalau si jodoh tu adalah crush kita.
Siapa sangka, lep… Read More...
Minta Tangguh Kahwin Sebab Nak Siapkan Rumah Untuk Family, Gadis Pasrah Tunang Pilih Putuskan HubunganSetiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mempunyai perancangan untuk menghalalkan hubungan tersebut dan hidup bahagia buat selama-lamany… Read More...
Mak Wan Lat4h Dah Selamat Bertunang, Awalnya Tersipu Malu Akhirnya Mel4tah JugaPeminat drama2 melayu mesti mengenali Mak Wan Lat4h kan.. beliau cukup terkenal membawakan watak2 pembantu rumah, seorang ibu yang sering ke… Read More...
Sukses Dapat Mara Minggu Keempat, Bella Astillah Sifatkan Suami Sangat Rajin BerusahaIsteri kepada penyanyi Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ditonjolkan suaminya menerusi… Read More...
[VIDEO] Comel! Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makcik Kuat Terpengaruh Drama KoreaRasanya pengaruh drama Korea dalam masyarakat kita sekarang ni dah semakin meluas. Bukan saja dalam kalangan remaja, malah golongan mak-mak … Read More...
0 Response to "Polis nafi tahan Dewali Keramat"
Post a Comment