
Tanda tanya mengenai kehamilan Nora Danish seperti dipersoalkan netizen terlerai apabila aktres itu mengesahkan dia sudah hamil tiga bulan.
Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 35, berkata, berita kehamilan itu benar-benar memberi keterujaan kepada dirinya terutama sekali suami, Nedim Nazri.
“Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sbelum ini,” kata Nora.
Ujar pelakon ini lagi, atas nasihat doktor dia terpaksa memperlahan kerjaya seninya demi menjaga anak dalam kandungannya itu.
Tambah Nora lagi, walaupun mereka sudah memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu, namun keterujaan bagi kehamilan ini luar biasa kerana ia membuktikan tanda cinta mereka berdua.
Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 pada satu majlis tertutup.
Nora memilki seorang anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Rizal Ashram iaitu Putra Rayqal yang kini berusia lapan tahun.
Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinaannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berumur lima tahun.
Sumber: Mstar
Sumber
“Inilah tanda cinta” – Nora Danish sah hamil 3 bulan
Related Posts :
‘Abang pegang baik-baik iPhone 8 tu, baru beli' - Photographer terkejut tetamu majlis kata begitu dan jawapan balasnya WIN!
Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis perkahwinan, pasti ada jurugambar yang diupah pengantin untuk merakam hari bersejarah mere… Read More...
Wanita terkejut rupanya anak perempuan sendiri curi dan gadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000
WANITA terkejut rupa-rupanya anaknya sendiri mencuri dan menggadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000.
Tembelang suspek pecah selepa… Read More...
“Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta
“WALAUPUN kanser suami di tahap akhir, kami menganggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan,” kata Jannah Abdullah, … Read More...
'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis'
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara kepada empat remaja masing-masing lima tahun dan 10 tahun bagi kesal… Read More...
Manny Pacquiao tampil di The Johor Redemption
Ikon tinju dunia, Manny Pacquiao bakal membuat penampilan dalam acara berprestij, The Johor Redemption yang dijadualkan berlangsung di Kual… Read More...
0 Response to "“Inilah tanda cinta” – Nora Danish sah hamil 3 bulan"
Post a Comment