BANGKOK – THAILAND. Gara-gara menghalang laluan masuk ke sebuah rumah, kereta dipandu seorang lelaki dirosakkan dan disimbah cat berwarna oren.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang mengaku merosakkan kereta jenis Toyota berwarna hitam itu kerana kenderaan terbabit diletakkan di pintu masuk rumahnya, menyebabkan dia sukar untuk keluar.
Gara-gara ‘tak perasan’ parking depan rumah orang, kereta disimbah cat oren oleh tuan rumah yang bengang tak dapat keluar
Polis yang menerima laporan insiden itu bergegas ke lokasi kejadian di Teparak Road di Muang dan bertemu pemilik kereta, Pisai Sawannasai, 59, yang mengadu kenderaannya dirosakkan.
Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati cermin belakang serta papan nombor plat kereta Pisai pecah.
Pisai memberitahu polis, dia parkir keretanya di situ tanpa menyedari ia menghalang laluan masuk kediaman.
Selepas kembali setengah jam kemudian, dia mendapati keretanya dirosakkan.
“Saya mengakui salah kerana halang laluan orang lain, namun ini sangat melampau. Saya tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini dan akan mengambil tindakan terhadap pelaku,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi, Kallaya Phetchnoi,46, memberitahu polis, dia melihat seorang lelaki gagal mengeluarkan keretanya dari sebuah rumah kerana laluan dihalang kereta Pisai.
Lelaki berkenaan turut berlegar-legar di sekitar kawasan untuk mencari pemilik kereta itu namun gagal menemuinya.
Lelaki itu yang kelihatan marah kembali semula ke rumahnya dan keluar membawa besi serta memecahkan kereta itu sebelum menyimbah cat oren.
Polis meminta lelaki terbabit yang dikenal pasti sebagai Khao Sangjan, 54, ke balai polis untuk siasatan.
Khao dituduh berniat jahat melakukan kerosakan, lapor Asia News Network.
Sumber: Sinar
Sumber Gara-gara ‘tak perasan’ parking depan rumah orang, kereta disimbah cat oren oleh tuan rumah yang bengang tak dapat keluar
0 Response to "Gara-gara ‘tak perasan’ parking depan rumah orang, kereta disimbah cat oren oleh tuan rumah yang bengang tak dapat keluar"
Post a Comment