Muka cantik tapi makan pakai tangan kiri? – Pelakon ini beri penjelasan
.
Selepas dikritik gara-gara bajunya yang terbuka hingga menampakkan lipatan lemak tubuhnya, selebriti cantik Nagita Slavina kembali jadi sasaran netizen.
Kali ini, cara makan isteri pengacara dan aktor popular Indonesia, Raffi Ahmad, ini jadi bahan kutukan haters.
Menerusi laman sosial Instagram, Nagita baru-baru ini berkongsi video saat dia sedang menikmati hidangan daging rusuk. Namun ada kalangan pengikutnya menyedari sesuatu yang tidak kena dalam rakaman video tersebut.
.
Ini kerana dalam video tersebut menunjukkan Nagita seolah-olah sedang makan pakai tangan kiri.
“Gmn itu gigi payah mkn tangan kiri,” komen seorang pengikut.
“Cantik-cantik kok makan pakai tangan kiri?” kata seorang yang lain.
Begitu pun ada juga pengikut yang membela ibu anak satu ini dengan mengatakan ia adalah effect daripada kamera di bahagian depan.
“Bude, dstu videoinnya pake front camera jadinya kan kebalik, pernah foto pake front cam kan, kiri jadinya kanan,” komen seorang peminat.
“Payah balajaer gatau kalau itu pakai front kamera wkwk,” kata seorang lagi.
Via: Malaysian Digest
Sumber Muka cantik tapi makan pakai tangan kiri? – Pelakon ini beri penjelasan
0 Response to "Muka cantik tapi makan pakai tangan kiri? – Pelakon ini beri penjelasan"
Post a Comment