Bengang cinta ditolak, lelaki rempuh motor dan rogol gadis dalam semak

Berang selepas cintanya ditolak gadis pujaan hati, seorang lelaki sanggup merempuh motosikal, mengacukan pisau ke leher mangsa sebelum merogolnya di kawasan semak di Bachok pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun keluar dari rumah untuk ke kedai runcit dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Semasa dalam perjalanan motosikal mangsa telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu suspek berusia 23 tahun.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek kemudian memberhentikan kereta dan mengacukan pisau ke leher mangsa dan mengheret gadis itu masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke suatu kawasan semak.

“Mangsa kemudian dirogol suspek di dalam kereta tersebut di kawasan semak itu. Beberapa jam kemudian, gadis itu dibawa pula ke sebuah hotel bajet di Tanjung Mas di sini sebelum dia berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan orang awam.

“Gadis itu kemudian membuat satu laporan polis, melalui siasatan kita mendapati mangsa dan suspek saling mengenali. Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cinta­nya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber: Kosmo



Sumber Bengang cinta ditolak, lelaki rempuh motor dan rogol gadis dalam semak

Related Posts :

0 Response to "Bengang cinta ditolak, lelaki rempuh motor dan rogol gadis dalam semak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect