Seorang bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Azri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup tangan kanak-kanak itu di dalam air panas, tahun lalu.
Azri af9 mengaku tak bersalah dera anak tiri
Azri AF9 atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis itu didakwa mendera anak perempuan tirinya yang berusia 10 tahun dengan mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya dekat sini, kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber Suami Salma Mentor, Azri af9 mengaku tak bersalah dera anak tiri, celup kedua tangan dalam air panas
0 Response to "Suami Salma Mentor, Azri af9 mengaku tak bersalah dera anak tiri, celup kedua tangan dalam air panas"
Post a Comment