Superstar Janet Jackson, menyalahkan suaminya, jutawan Qatar, Al Mana yang dianggap terlalu mengongkong hidupnya sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 2012.
Pasangan ini berpisah selepas tiga bulan penyanyi pop terkenal itu melahirkan anak pertama mereka, Eissa, menurut People Magazine.
“Perbezaan budaya antara Jackson dan Al Mana terlalu ketara. Mereka datang dari dunia yang amat berbeza.
“Walaupun bertahun-tahun sudah cuba untuk menyesuaikan diri, Jackson berasa dia sering mengecewakan suaminya,” kata sumber yang rapat dengan keluarga Jackson.
Laman web hiburan Page Six, yang memetik sumber yang enggan dikenali berkata, Al Mana dengan tegas menyuruh isterinya berpakaian lebih sopan dan mengurangkan aksi tarian yang tidak senonoh.
Ini membuatkan adik superstar Michael Jackson, yang terkenal dengan gaya seksi ketika membuat persembahan, berasa tertekan dan bimbang kehilangan peminat.
Penyanyi lagu Rhythm Nation dan Nasty ini sudah beberapa kali menangguhkan konsert jelajah ‘Unbreakable’ pada April tahun lalu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
Akhbar tabloid Britain, The Mail bagaimanapun berkata, pasangan itu berpisah secara baik, malah dan Jackson dan anaknya akan tinggal di London.
Hari ini buat pertama kali selepas berpisah, Jackson dan rakan baiknya, jurusolek artis, Pat McGrath dilihat membeli-belah di kota London.
Walaupun sudah tidak bertudung, Jackson masih menutup aurat dengan memakai ponco berjenama berharga AS$2,200 (RM9751), yang dipadankan dengan seluar longgar dan topi hitam. – AFP
Sumber: BH Online
Sumber Janet Jackson bercerai kerana suami terlalu mengongkong
0 Response to "Janet Jackson bercerai kerana suami terlalu mengongkong"
Post a Comment