Jamal dan 9 pengikut didakwa di mahkamah

Pengerusi Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan sembilan penyokongnya didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, dekat sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan bagi menentang pelaksanaan undang-undang di sebuah pusat beli-belah di sini, November tahun lalu.

Jamal, 9 pengikut didakwa

Jamal, 47, Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47, Mohd. Shabudin Abu Hassan, 47, Izzrul Idris, 32, Hasannen Zikri Harizan, 24, Mohd. Faiz Amirul Mahsan, 22, Mohd. Yusoff Mohd. Sharif, 26, Abd. Razak Hassan, 29, dan R. Balaguru, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai ahli suatu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa telah menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bangunan Pusat beli-belah Ampang Point, Ampang Jaya, dekat sini pada pukul 4 petang, 13 November tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Jamal dan 9 pengikut didakwa di mahkamah

Related Posts :

0 Response to "Jamal dan 9 pengikut didakwa di mahkamah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect