Di China, krew penerbangan terkejut suami isteri tertinggal anak dalam pesawat

Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku.

Di China, krew penerbangan terkejut suami isteri tertinggal anak dalam pesawat

Di China, krew penerbangan terkejut suami isteri tertinggal anak dalam pesawat

 

Bagaimanapun, satu keluarga di China mengejutkan kakitangan sebuah pesawat apabila mereka tertinggal anak mereka.

Kejadian berlaku baru-baru ini apabila sepasang suami isteri turun dari sebuah pesawat tanpa anak mereka selepas mereka tiba dari Chengdu.

Kakitangan pesawat Southern Airlines terpaksa menelefon pasangan berkenaan untuk meminta mereka mengambil kanak-kanak berusia 10 tahun itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou..

 

Kanak-kanak itu ditemui tertidur di tempat duduk paling belakang oleh kru kabin yang membersihkan kapal terbang berkenaan selepas semua penumpang turun.

Mereka menghabiskan masa beberapa minit untuk mengejutkan kanak-kanak perempuan berkenaan.

Ketika itu, semua penumpang sudah berlepas ke terminal untuk mengambil bagasi masing-masing.

Mujur kanak-kanak itu ingat nombor telefon bapanya, membolehkan kakitangan menghubunginya.

Sementara itu, si bapa berkata, dia menyangka anaknya yang duduk terpisah dengan dia dan isterinya berada di belakang mengekori mereka sebaik pesawat itu mendarat.

“Kami tidak tahu dia tidur nyenyak di belakang,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Via: Mynewshub



Sumber Di China, krew penerbangan terkejut suami isteri tertinggal anak dalam pesawat

Related Posts :

0 Response to "Di China, krew penerbangan terkejut suami isteri tertinggal anak dalam pesawat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect