Polis ada petunjuk baru dalam kes pembunuhan bekas wakil rakyat, Alias Abdullah

Polis Terengganu menemui petunjuk baru yang boleh membantu siasatan kes pembunuhan bekas wakil rakyat, Alias Abdullah, pada Oktober 2015.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, siasatan pihaknya percaya kes pembunuhan Alias yang ditembak mati didalangi individu sama dengan kes pembunuhan sepupu bekas Adun Alor Limbat itu, Mat Jusoh Ali, pada Ogos 2015 di rumahnya di Padang Midin, Bukit Payong, di sini, dan satu lagi kes di Sungai Tong, Setiu, membabitkan seorang tukang cat, Erdy Alias pada September tahun lalu.

Polis ada petunjuk baru dalam kes pembunuhan bekas wakil rakyat, Alias Abdullah

Polis ada petunjuk baru dalam kes pembunuhan bekas wakil rakyat, Alias Abdullah

Beliau berkata, siasatan pihaknya juga mendapat petunjuk kes pembunuhan Alias yang dipercayai dilakukan pembunuh upahan tiada kaitan dengan motif politik, sebaliknya bermotifkan kewangan dan perniagaan.

“Kita akui kes pembunuhan ini terutama yang membabitkan Alias rumit, namun kita berusaha keras untuk menyelesaikan kes ini dan percaya petunjuk baharu yang diperoleh dapat membantu siasatan kes.

“Bagaimanapun, buat masa ini kita belum boleh mendedahkan petunjuk yang diperoleh kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Alias, 51, ditemui mati ditembak dari jarak dekat oleh individu yang mengetuk pintu rumahnya di Kampung Alor Limbat, Marang, selepas pulang daripada mengerjakan solat Jumaat pada 9 Oktober 2015.

Sebelum itu, Mat Jusoh, seorang pesara guru yang juga dikenali sebagai cikgu Zaki ditemui mati dengan kesan tembakan jarak jauh di kepalanya di rumahnya di Taman Nor Bakti, Padang Midin, Bukit Payong, pada 9 Ogos 2015

 
 
Sumber: Sinar


Sumber Polis ada petunjuk baru dalam kes pembunuhan bekas wakil rakyat, Alias Abdullah

0 Response to "Polis ada petunjuk baru dalam kes pembunuhan bekas wakil rakyat, Alias Abdullah"

Post a Comment