Sudah tiga minggu Konsert High Note yang berlangsung di Istana Budaya berakhir tetapi penyanyi Ziana Zain masih belum menerima 50 peratus baki bayaran daripada penganjur.
Ziana Zain masih belum dapat bayaran konsert high note, mahu hati-hati percaya kawan
“Semua orang masih lagi menunggu setengah daripada bayaran dari pihak penganjur. Jadi tunggu sahajalah,” katanya ketika ditemui ProjekMMO baru-baru ini.
“Kita sudah bagi tempoh dan mereka kata hendak selesaikan. Adalah tempoh yang tertera dan sekarang mereka patut tahu kerana melibatkan ramai orang.”
Konsert tiga hari pada 25 hingga 27 November sebelum ini dilaporkan kelam kabut kerana tiada persiapan rapi hingga menyebabkan Ziana, 48, hampir tarik diri.
Akibatnya penyanyi “Puncak Kasih” dilapor merumuskan konsert anjuran DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagro sebagai pengalaman terburuk sepanjang lebih 20 tahun kariernya.
Turut menjayakan konsert artis yang memiliki lontaran suara tinggi, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriter.
“Kita hendak batalkan [konsert] pun susah, orang dah beli tiket. Jadi terjerat kita di situ,” katanya.
Namun pelakon filem Sembilu itu enggan mengulas lanjut mengenai tindakan susulan jika penganjur masih lagi gagal melunaskan baki bayaran tertunggak.
ProjekMMO difahamkan penganjur sepatutnya menyelesaikan bayaran penuh 10 hari sebelum konsert namun ditangguhkan atas alasan masih mendapatkan penaja.
Pengurusan Ziana kemudiannya memberi tempoh sehingga 15 Disember (semalam) namun masih lagi tiada perkembangan positif.
Kesal kerana terpalit dengan masalah tersebut, Ziana mahu lebih berhati-hati memilih tawaran pada masa akan datang.
“Saya memang manusia yang berhati-hati tetapi apabila kita mengenangkan kawan kita, kita terima. Lain kali, kena hati-hatilah.
“Susah jadi artis ini, kadang kala kata kita ini cerewet sangat, banyak songeh. Sebenarnya kita perlu ikut prosedur, kalau ikut semuanya akan berjalan lancar,” katanya lagi.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Ziana Zain masih belum dapat bayaran konsert high note, mahu hati-hati percaya kawan"
Post a Comment