Runningman bakal berakhir, Lee Kwang Soo bakal tarik diri

Penutup 2016 menyaksikan perkhabaran buruk membabitkan Running Man apabila seorang demi seorang tunjang utamanya menarik diri hingga mencetuskan tanda-tanya sama ada program popular itu mampu untuk terus bertahan.

Runningman bakal berakhir, Lee Kwang Soo bakal tarik diri

Runningman bakal berakhir, Lee Kwang Soo bakal tarik diri

Selepas Kang Gary, 38, meninggalkan rancangan itu, kira-kira dua bulan lalu, kelmarin peminat dikejutkan pula dengan berita pengunduran peserta tunggal wanita, Song Ji Hyo, bersama seorang lagi tunjang utama, Kim Jong Kook.

Walaupun desas-desus daripada sumber dalaman itu awalnya dikatakan hanya membabitkan perubahan biasa, akhirnya agensi kedua-dua selebriti itu mengesahkan memang masing-masing sudah membuat keputusan untuk berundur.

Pengesahan terbabit membuatkan rata-rata pengikut tegar meramalkan rancangan yang bakal memasuki tahun ketujuh bagi musim 2017 bakal melabuhkan tirainya.

Seperti dikhabarkan, kisah sebenar di sebalik pengunduran itu adalah berpunca daripada saluran penerbitannya sendiri, SBS, yang didakwa memang berniat menyingkirkan mereka.

Begitupun, sehari kemudian SBS selaku penerbit rancangan itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dengan khabar angin yang bertebaran, hingga membuatkan Ji Hyo dan Jong Kook kecil hati.

“Kami ingin menjelaskan posisi kami terhadap kontroversi berhubung perubahan jajaran anggota Running Man bagi musim depan. Kami tidak menyangka khabar penstrukturan semula sudah melukakan hati Ji Hyo dan Jong Kook.

“Sepanjang tujuh tahun ini mereka sudah kami anggap seperti keluarga sendiri. Kami dengan tulus meminta maaf sekali lagi kerana tidak mempertimbangkan perasaan kedua-duanya.

“Kami juga meminta maaf kepada semua anggota Running Man yang lain apabila turut mencetuskan kebingungan berpunca daripada perkhabaran itu,” kata wakilnya dalam kenyataan media terbabit.

Begitupun, Ji Hyo dan Jong Kook dikatakan sudah nekad ‘angkat kaki’ daripada produksi berkenaan, apatah lagi selepas pihak dalaman turut melaporkan tempat mereka akan diganti pelawak yang juga bekas hos program X-Man, Kang Ho Dong, 46.

Namun, berita terkini melaporkan agensi pelakon berpengalaman itu menarik balik keputusan menyertai rancangan terbabit selepas timbulnya kontroversi, sekali gus mengelakkan penonton tidak selesa dengan penyertaannya.

Apa yang pasti, satu persatu perkhabaran baharu muncul hingga memanaskan suasana, termasuk kononnya seorang lagi anggota asal, Lee Kwang Soo, juga sudah berkira-kira untuk mengikut jejak Kang Gary dan dua lagi rakannya.

Mereka bertiga dikatakan mengadakan pertemuan rahsia bagi membincangkan isu yang melanda Running Man di Yeouido dengan membuat percaturan keluar secara bergilir-gilir.

Tidak hairan, selepas ini kebarangkalian untuk tiga lagi anggota lain iaitu Yoo Jae Suk, HaHa dan Ji Suk Jin bakal melakukan perkara sama berdasarkan keakraban mereka yang sudah seperti keluarga besar.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Runningman bakal berakhir, Lee Kwang Soo bakal tarik diri"

Post a Comment