Ratu Cantik Tawan The Amazing Race Asia 5

Ratu Cantik Tawan The Amazing Race Asia 5

(Kredit Gambar: Instagram Chloe @chloechentn)

Semalam, sekali lagi sejarah terlakar di pentas akhir The Amazing Race Asia (TARA) yang menyaksikan dua pasukan wanita yang terdiri daripada pasangan ratu cantik, serta pasangan suami isteri beraksi untuk merebut takhta juara kelima TARA yang diadakan di Bali. Dua pasangan daripada empat pasangan wanita berjaya ke peringkat akhir setelah berjaya melalui  cabaran di enam negara, 12 bandar dengan perjalanan sejauh 12,000 km serata Asia Tenggara.

(Kredit Gambar: Instagram Chloe @chloechentn)

Miss Malaysia World 2011 Chloe Chen dan Miss Malaysia World 2012 Yvonne Lee, pasangan peserta Malaysia diumumkan sebagai pemenang tempat kedua rancangan itu. Kemaraan mereka di peringkat akhir berjaya mengubah stigma masyarakat yang memandang rendah penyertaan ratu cantik dalam pertandingan yang disifatkan memerlukan kekuatan fizikal bukan sedikit. Mereka membuktikan kecerdikan, kesabaran, semangat setiakawan dan tuah menjadi pelengkap kejayaan mereka.  

(Kredit Gambar: Instagram Yvonne @leeyvonneofficial)

Chloe Chen dan Yvonne Lee merupakan pasukan Malaysia keempat berjaya mara ke pusingan akhir TARA selepas juara pertama Zabrina Fernandez dan Joe Jer Tee. TARA 5 melibatkan 11 pasukan dari Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

(Kredit Gambar: Instagram Yvonne @leeyvonneofficial)

Juara dimenangi oleh pasangan ratu cantik Filipina, Maggie Wilson dan Parul Shah. Kemenangan Maggie dan Parul membawa pulang wang tunai berjumlah $100,000 (RM446,600)  dan menjadi wakil Filipina kedua berturut-turut menjuarai TARA selepas Richard Herrera dan Richard Hardin.

Sebelum ini kami pernah menemubual Zabrina Fernandez yang telah berkongsi tip buat bakal peserta TARA di sini. Siapa tahu anda mungkin bakal peserta musim ke-6.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Ratu Cantik Tawan The Amazing Race Asia 5"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect