Pasangan Malaysia Sahut Cabaran Lamaran Berkahwin Atas Pentas Bersama Coldplay

Pasangan Malaysia Sahut Cabaran Lamaran Berkahwin Atas Pentas Bersama Coldplay

Pasangan Muhammad Faez dengan kakasihnya, An-nuura Nasuha Rasnatrazia mengabadikan kenangan manis mereka bersama Coldplay ketika menonton persembahan band itu di Stadium Etihad, Melbourne, Australia baru-baru ini. (Gambar: An-nuura Nasuha Rasnatrazia - Facebook)

Bagi peminat band terkenal, Coldplay, menyaksikan persembahan mereka adalah satu kepuasan yang mungkin menjadi kenangan manis seumur hidup. Begitu juga, ia menjadi momen paling indah buat peminat jika di beri peluang melamar kekasih di hadapan anggota band popular itu sambil disaksikan ribuan penonton secara langsung.

Perkara seumpama itu mungkin dianggap kerja gila atau sukar berlaku di atas pentas apatah lagi ribuan peminat yang hadir hanya mahu bergembira menyaksikan persembahan band itu. Namun, Coldplay yang diketuai Chris Martin menjadikan impian peminatnya suatu kenyataan ketika mengadakan konsert mereka di Melbourne, Australia baru-baru ini.

Pada persembahan yang diadakan di Stadium Etihad itu, Martin menghentikan persembahan untuk memberi peluang pada sesiapa saja peminat naik ke pentas membuat lamaran pada kekasih dan pasangan Muhammad Faez dengan kakasihnya, An-nuura Nasuha Rasnatrazia tampil memberanikan diri menyahut cabaran itu.

Dalam rakaman video yang dimuat naik pengguna di Facebook, jejaka itu melamar kekasihnya untuk berkahwin sebelum menerima sorakan gemuruh daripada penonton. Menariknya, Muhammad Faez bernasib baik dan bertuah apabila lamarannya diterima gadis itu.

Menerusi akaun Facebook gadis itu, dia menyatakan ia adalah momen paling indah berlaku dalam hidupnya apabila mereka bukan saja berpeluang menonton band kegemaran tetapi dia juga dilamar kekasihnya di hadapan 70,000 peminat Coldplay. Pasangan ini mengakui mereka adalah peminat band ini yang merancang untuk menyaksikan persembahan itu selepas menonton persembahan Kanye West, dua tahun lalu di Melbourne.  

Sumber: melbourneinformer

 

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Pasangan Malaysia Sahut Cabaran Lamaran Berkahwin Atas Pentas Bersama Coldplay"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect