Nampak Macam Mewah Tapi Menjijikkan

Sekadar gambar hiasan

Berselindung di sebalik imej restoran yang nampak mewah dan mahal tiada siapa yang menyangka di bahagian dapur dan belakang restoran tersebut sebenarnya menjijikkan dan kotor.

BACA: 8 Punca Ais Dalam Minuman Anda Dari Sumber Jijik

Keadaan tersebut berlaku di dua buah restoran dan diketahui ketika Ops Pemeriksaan Kebersihan yang dilakukan di Kompleks Elit Avenue di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Ahli Malis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), A Kumerasan menyatakan selepas pemeriksaan pasukan mereka mendapati kedua-dua restoran itu dalam keadaan yang kucar-kacir.

Keadaan kucar-kacir dan kotor tersebut berlaku kerana mereka memasak dan membasuh pinggan dalam satu tempat yang sama.

“Pada saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemilik kedai seolah-olah menipu pelanggan,” ujar A Kumerasan ketika memberitahu Sinar Harian.

Ops Pemeriksaan Kebersihan itu dilakukan kerana kerap mendapat aduan daripada orang ramai tentang isu kebersihan kedua-dua restoran tersebut.

Keadaan bahagian belakang restoran tersebut. Gambar: Sinar Harian

Kesalahan tidak menjaga kebersihan itu telah mengakibatkan kedua-dua pemilik restoran tersebut dikenakan kompaun RM250 kerana tidak menjaga kebersihan.

A Kumerasan turut menegaskan pengusaha restoran dan kedai makan patut menjaga tahap kebersihan premis mereka supaya berada dalam keadaan yang baik.

Kebanyakan pelanggan datang ke restoran kerana melihat keadaan hadapan restoran yang nampak baik daripada segi perhiasan namun hakikatnya berbeza untuk bahagian belakang.

Selain itu, A Kumerasan turut mengatakan adalah tidak wajar mana-mana peniaga mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelanggan tetapi tidak mengambil berat tahap kebersihan penyediaan makanan.

Bagi memastikan para pengusaha restoran di Bayan Baru sentiasa menjaga tahap kebersihan mereka pemeriksaan secara mengejut dan rambang akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

0 Response to "Nampak Macam Mewah Tapi Menjijikkan"

Post a Comment