Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) menawarkan diskaun tol 60 sen kepada pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan pengurangan 20 sen kepada pengguna Lebuhraya Sprint sempena sambutan Krismas ini.
Litrak tawar diskaun tol 60 sen
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, subsidi itu akan diberi kepada pengguna semua jenis kenderaan di lebuh raya kendaliannya.
Pengurangan itu katanya akan bermula pada jam 12.01 pagi hingga 12 tengah malam, 25 Disember ini.
“Sebanyak 346,000 pengguna LDP dan kira-kira 139,000 pengguna lebuhraya Sprint akan menikmati kadar diskaun ini.
“Litrak menganggarkan kira-kira RM236,000 pemberian subsidi diberikan untuk program diskaun tol yang dilaksanakan,” katanya.
Tahun lalu, katanya Litrak memberi subsidi tol berjumlah RM1.5 juta ketika sambutan lima perayaan utama di negara ini yang memberi manfaat kepada kira-kira 1.8 juta pengguna LDP dan Sprint.
“Pemberian diskaun tol dilaksanakan sejak tahun 2010 ini adalah bagi menggalakkan pengguna menziarahi saudara- mara dan rakan-rakan ketika musim perayaan,” katanya ketika sidang media di Kompleks Operasi Litrak, hari ini.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Litrak umum diskaun tol 60 sen kepada pengguna LDP dan 20 sen untuk pengguna Lebuhraya Sprint"
Post a Comment