Umat Islam yang ingin menunaikan umrah disaran berhati-hati dengan agensi pelancongan tidak berlesen yang menggunakan selebriti dan tokoh agama sebagai tarikan, pesan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Kementerian nasihat hati-hati ambil pakej umrah dari selebriti dan tokoh agama
Timbalan menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan berkata, taktik itu digunakan untuk membuatkan orang ramai yakin dengan kewibawaan syarikat itu.
“Selain itu, ada juga menawarkan pakej umrah serendah RM3,000 hingga RM3,500 dengan baki dikatakan ditaja yayasan atau pihak lain. Namun siasatan menunjukkan ada unsur skim piramid di dalamnya.
“Mereka bijak menggunakan testimoni jemaah yang sudah menunaikan umrah, tetapi nasib ribuan yang membuat bayaran dan masih belum menunaikan umrah tidak dapat dijamin,” katanya yang memaklumkan keputusan mesyuarat badan pemantau umrah, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) bulan lalu.
Beliau berkata, syarikat dilarang membuat pakej tajaan seumpama itu dan agensi yang ingin menawarkannya perlu mengemukakan bukti sumber tajaan bagi mendapatkan kelulusan kerajaan terlebih dahulu.
Katanya lagi, kerajaan menetapkan harga siling pakej umrah bagi tempoh 12 hari 10 malam sebanyak RM4,900 (tidak termasuk visa), dan menyertakan senarai syarikat berlesen di laman web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ((www.motac.gov.my) dan www.jawhar.gov.my.
Pada 12 Disember lalu, sejumlah 200 jemaah terkandas di Nilai apabila penerbangan yang sepatutnya dinaiki mereka ditangguhkan akibat gagal mendapat permit mendarat daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan akan cuba membantu mendapatkan permit itu, serta mengingatkan agensi pakej umrah sentiasa mematuhi syarat oleh Arab Saudi.
Beliau berkata, kementerian juga sedang melakukan pemantauan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dan setakat ini mengesan 7 agensi pelancongan tidak berlesen.
“Kita juga dapati berlaku penundaan penerbangan jemaah sejak 27 November lalu. Walau apa pun masalahnya, agensi masih bertanggungjawab dan jemaah berhak menuntut bayaran balik jika tidak setuju dengan tarikh baru penerbangan,” katanya.
Walaupun banyak laporan di media, beliau berkata kementerian hanya menerima 1 aduan rasmi daripada jemaah yang tidak berpuas hati dengan agensinya dan berharap lebih ramai yang ditimpa nasib sama tampil ke hadapan.
Beliau juga menggesa jemaah mematuhi kadar baru visa ditetapkan Arab Saudi dan tidak terpengaruh dengan taktik agensi pelancongan untuk mengelak daripadanya, misalnya menggesa mereka membuat pasport baru.
Berkuatkuasa 2 Oktober lalu, jemaah kali pertama tidak dikenakan sebarang bayaran untuk visa, tetapi mereka yang ingin menunaikan umrah untuk kali berikutnya, kadar visa adalah SR2,000 (RM2,383).
Sumber: Free Malaysia Today
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Kecil-Kecil Lagi Dah Cantik! Kenali Siapa Budak 15 Tahun Yang Popular Di Instagram Ini
Fuh, budak-budak lagi dah lawa dan pandai bergaya. Gambar gadis kecil molek ini pernah viral di laman sosial sebagai ‘budak cun umur 12 t… Read More...
(FOTO) Baju Jarang Sampai Nampak Dalam Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada CerminFesyen Jarang Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin
Pelakon baru Puteri Aishah akui dia tidak perasan baju yang dipakainya… Read More...
Cium Dan Korek Anu Anak Saudara, Penganggur Ditahan
Makin menjadi-jadi pula kes rogol dan liwat ni, paling yang tidak boleh diterima akal, bagaimana seorang ayah merogol anaknya, seorang ab… Read More...
Genap 7 Tahun Achik Spin Meninggalkan Kita. Ini Gambar Terkini Puteri Arwah Yang Sangat Comel!
Pada 17 April 2010, industri seni kita dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi yang berbakat iaitu Achik dari kumpulan Spin. Kini su… Read More...
"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz
Aisyah Aziz merupakan adik kepada Aliff Aziz yang pernah menyertai Akademi Fan… Read More...
0 Response to "Kementerian nasihat hati-hati ambil pakej umrah dari selebriti dan tokoh agama"
Post a Comment