Kepada yang belum tahu pasal ni, apparently Facebook dah update system diorang, di mana latest update ni diorang lebih cautious dengan Spam. Tapi orang kita ni semua dah start melatah cakap ni semua Yahudi. Sebab antara perkataan yang tak boleh dipost dekat ruangan komen ialah La Hawla Wala Quwwata Illa billah.
Isu kalimah La Hawla Wala Quwwata Illa billah tidak boleh ditaip di facebook, ini penjelasan sebenar
Apa yang diorang ni gagal untuk hadam ialah, ini lah hasil kerosakan yang dah dibuat oleh geng-geng Indonesia yang selalu bukak fake account, upload gambar Photoshop, pastu ‘Click Bait’, ketik Like, Komen Puji-pujian kepada Allah, dan Share. Contoh, akaun Husnul Khatimah ketik Like.
Sebenarnya ape yang Indon-indon ni buat, diorang jual akaun Facebook. Diorang hasilkan profile yang ada ramai Follower, sampai satu masa, diorang jual lah, sama macam Instagram.
Kenapa diorang pakai Profile, kenapa tak pakai Page? Sebab algorithm Timeline Facebook dah tetapkan yang hanya sekitar 16% je jumlah keseluruhan subscribers sesuatu page tersebut yang akan didedahkan dengan latest post page tersebut. Sebabnya, Facebook Page itu satu perniagaan. Facebook sengaja buat admin-admin page struggle untuk dapat Post Engagement yang tinggi. Berlambak-lambak syarikat yang sanggup bayar ratusan ringgit untuk Sponsored Post, semata-mata nak dapat 10 post click.
Jadi, berbalik kepada Indon-indon yang kaki fake account, kaki click bait tadi ni, bila dah ramai yang mula menyampah dengan modus operandi diorang ni, ramai lah yang buat report. Bila terlalu banyak report, ini lah penambahbaikan yang Facebook dah buat.
Tiba-tiba, datang Melayu melabel ni sebagai agenda Yahudi. Hahaha. Kelakar betul semangat diorang ni. Setakat komen zikir copy paste, buat ape nak melatah. Bukannya terus terhalang cara kita nak beribadat. Baik kau gi ambik wudhuk, bentang sejadah, zikir gunakan mulut. Lagi bermanfaat.
*EDIT*
Aku lupa nak mention. Sistem ni bukan diorang buat dalam sehari. Diorang buat survey di kalangan developers. Dan developers ni manusia biasa yang faham human behaviour. Aku tau sebab dekat page aku, follower hantar mesej, most of it in short form, dan Facebook akan keluarkan satu soalan kecik atas ayat diorang tu. Contoh : ‘Is this a form of thank you?’ Yes or No. Aku click je Yes. Dari situ diorang gain data, study behaviour.
Tambahan lagi, fake-fake account ni, biasanya yang komen tu bukan atas kerelaan sendiri. Meaning that diorang pakai Bot. Diorang pakai autolike. Aku perasan bila ada salah seorang friend Facebook aku yang aku percaya dia takkan terpengaruh dengan benda-benda macam tu, tapi nama dia ada dalam komen post tu.
Jadi, tak dapat dinafikan, mungkin jugak, akaun kita pun pernah digunakan oleh apps auto-like dan auto-comment untuk komen dalam post-post macam tu.
Lagi satu kalau perasan, post-post spam tu, diorang tak kan update dekat wall diorang. Diorang biasanya akan spam dekat Event atau Group. Aku tak tahu apa kaitan dia, tapi aku yakin tu salah satu step untuk menjadikan post tu sebagai auto-like dan auto-comment.
Sumber: Faizol Zulkifli
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Isu kalimah ‘La Hawla Quwataillabilahi’ tidak boleh ditaip di facebook, ini penjelasan sebenar"
Post a Comment