Hutang dadah RM100ribu, tapi anak rakan penghutang pulak kena culik suruh bayar

Lelaki menculik bayi perempuan berusia lapan bulan selepas dipercayai rakan bapa mangsa gagal membayar hutang dadah syabu bernilai RM100,000 di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas di sini, hari ini.

Angkara hutang rakan, anak diculik

Angkara hutang rakan, anak diculik

Bayi disedari hilang oleh ibu saudaranya selepas terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah mereka pada 6.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu dan ibu saudaranya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka dan ketika itu pintu rumah mereka tertutup tetapi tidak berkunci memandangkan ibu mangsa sibuk mengatur jualan nasi kuning di dapur rumahnya.

“Ibu saudara mangsa kemudian terjaga dan mendapati mangsa sudah tiada dipercayai diculik sebelum mereka bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis

“Pada masa yang sama bapa mangsa yang kini dalam penjara selama empat tahun di Samarinda Indonesia menerima maklumat daripada lelaki yang mendakwa menculik mangsa dengan syarat rakan bapa mangsa membayar hutang syabu yang diambilnya bernilai RM100,000,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan.

Difahamkan, bapa mangsa kini dipenjarakan di Samarinda Indonesia selepas ditahan pihak berkuasa di negara berkenaan kerana membawa masuk syabu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Hutang dadah RM100ribu, tapi anak rakan penghutang pulak kena culik suruh bayar"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect