Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya dalam kejadian di depan sebuah bank di ibu negara bulan lalu.
Dato Seri tampar dan tarik rambut isteri depan RHB Bank
Tertuduh, Datuk Seri Halim Mohd. Ali, 51, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.
Mengikut pertuduhan, Halim didakwa mencederakan Rosarita Saad, 36, dengan menarik rambut, menumbuk, menampar muka dan kepala isterinya berhampiran Bank RHB, Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini pada pukul 11.30 malam, 23 November lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Dato Seri tampar dan tarik rambut isteri depan RHB Bank"
Post a Comment