Video lelaki dan wanita biadap ganggu tugas penguatkuasa wanita MBSA dan cubaan gangguan seksual, viralkan dan cari sampai jumpa! | Video berdurasi dua minit memaparkan seorang penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diganggu oleh dua individu ketika melaksanakan tugas mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial malam ini.
Video lelaki dan wanita biadap ganggu tugas penguatkuasa wanita MBSA dan cubaan gangguan seksual, viralkan dan cari sampai jumpa!
Insiden pada pukul 10.24 pagi semalam di Bukit Rahman, Sungai Buloh dekat sini itu bermula apabila penguatkuasa berusia 23 tahun terbabit mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak meletakkan kupon pakir.
Namun sebaik sahaja saman dikeluarkan, penguatkuasa itu didatangi oleh seorang wanita yang bertindak memarahinya kerana mendakwa dia telah meletakkan kupon parkir mengakibatkan pertengkaran antara mereka berdua.
Bagaimanapun situasi bertambah panas apabila wanita berkenaan memanggil seorang lelaki yang kemudiannya cuba melakukkan gangguan terhadap penguatkuasa itu.
Enggan untuk terus berbalah dengan mereka, penguatkuasa itu yang mahu beredar dari situ telah dihalang oleh lelaki berkenaan sambil merakam video selain bajunya ditarik oleh wanita itu kononnya untuk mengambil namanya.
Difahamkan, penguatkuasa itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Sumber: UTUSAN ONLINE
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Video lelaki dan wanita biadap ganggu tugas penguatkuasa wanita MBSA dan cubaan gangguan seksual, viralkan dan cari sampai jumpa!"
Post a Comment