Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan segelintir pihak pembangkang sengaja tidak faham mengenai kedudukan sebuah negara yang dianggap muflis apatah lagi penarafan itu dibuat pihak sebarangan dan bukannya agensi antarabangsa. (Gambar: najibrazak.com)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tuduhan mengatakan Malaysia akan bankrap adalah tidak berasas dan dusta semata-mata kerana negara ini berjaya menarik pelaburan asing atas inisiatif kerajaan yang dipimpin UMNO.
Dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur hari ini, beliau menyatakan segelintir pihak pembangkang sengaja tidak faham mengenai kedudukan sebuah negara yang dianggap muflis apatah lagi penarafan itu dibuat pihak sebarangan dan bukannya agensi antarabangsa.
Najib seperti dilaporkan Bernama berkata, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional menonggak kemakmuran ekonomi negara antaranya dua hasil lawatan ke luar negara sebelum ini iaitu pelaburan bernilai Euro $1 bilion ketika lawatan ke Jerman dimeterai menerusi syarikat Osram dan perjanjian pelaburan bernilai hampir RM144 bilion ketika lawatan ke China yang dijangka memberi pulangan lumayan pada negara.
Beliau juga menjawab tuduhan kerajaan zalim, pilihan raya tidak telus dan menindas rakyat dengan mengatakan merujuk pada alim ulama menjelaskan mengikut hadis, seseorang pemimpin hanya dianggap zalim apabila menyuruh rakyatnya mensyirikkan Allah dan melakukan kemaksiatan serta kebatilan.
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Jodoh gadis peniaga cendol, tak sangka lelaki dikenali 4 tahun lalu muncul semula… Kali ini aplikasi Omi jadi pengikat cintaSEIRING perubahan zaman, cara orang kita mencari jodoh juga sudah berubah.
Kewujudan aplikasi seperti Tinder, Omi, MiChat dan sebagainya men… Read More...
“Setiap Kali Ramadan, Saya Akan Minta Sarah Masakkan Pajeri Nanas” – ShuibTahun ini sememangnya cukup berbeza buat pelawak Shuib Sepahtu apatah lagi menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah… Read More...
“Ada Yang Tanya Bolehkah Jaga Ramai?” – Pernah Kegugvran Dua Kali, Ayu Raudhah Syukur Nikmat Dikelilingi Anak RamaiPelakon Ayu Raudhah tidak menafikan ketika ini, dia selesa meletakkan keutamaan kepada keluarga, sementelah anak-anak kini sedang melalui pr… Read More...
Sehari selepas hadiah kereta buat wanita bawa 0KU… Ebit Lew beri Proton Saga kepada suami isteri istimewa pula, siap bayar cash!RAKAMAN tular memaparkan seorang lelaki yang sedang menolak isterinya menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat Bagan Dalam, Pul… Read More...
“Doakan kami pun akan jadi tetamu..,” – [VIDEO] Saharul Ridzwan kongsi suasana berbuka puasa di MekahDetik yang pastinya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan mungkin juga pengembara dari luar negara, iaitu sempadan negara dibuka bermula 1 Apr… Read More...
0 Response to "Tuduhan Malaysia Bankrap Tidak Berasas, Dusta"
Post a Comment