Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau sekurang-kurangnya enam lokasi di Jalan Gombak Lama, di sini, berikutan tanah runtuh berskala kecil, hari ini.
Tanah runtuh arah ke Genting Sempah
Kejadian hanya menyebabkan satu pokok tumbang, pada kira-kira 5.30 petang.
Jurucakap APM Kuala Lumpur berkata, maklumat awal yang diterima memaklumkan sebahagian jalan tidak boleh dilalui kerana terdapat runtuhan tanah.
“Bagaimanapun, kami mendapati tanah sudah dibersihkan pasukan Roadcare. APM hanya menjalankan operasi mengalihkan pokok tumbang menggunakan jentolak.
“Sehingga malam tadi, kami memantau beberapa lokasi dari Kilometer 28 hingga ke Genting Sempah kerana berlaku tanah runtuh kecil dan pokok tumbang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Tanah runtuh arah ke Genting Sempah, sebahagian jalan tidak boleh dilalui"
Post a Comment