Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengesahkan pengerusi Bersih 2.0 ditahan secara bersendirian dan tidak diberikan tilam.
Suruhanjaya itu melawat lokasi, yang tidak didedahkan, tempat Maria ditahan 28 hari bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma.
Suhakam: Maria Chin minta Al-Quran, rungut disiasat tiga jam sahaja
Suhakam berkata Maria dalam keadaan sihat dan kebersihan bilik tahanannya boleh diterima sama seperti kenyataan aktivis wanita itu kepada peguamnya pada Ahad.
“Katil yang disedia tiada tilam dan beliau terpaksa mencuci menggunakan air sejuk. Beliau meminta sekeping tilam sebagai alas kepada katil kayu.
“Maria juga meminta senaskhah al-Quran dan bahan bacaan serta kebenaran lawatan anak-anaknya dan keluarga,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lawatan ke bilik tahanan Maria diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Razali Ismail.
Maria tidak mengadu menerima layanan buruk tetapi memaklumkan hanya disoal siasat selama tiga jam sejak ditahan Jumaat lalu, kata badan hak asasi itu lagi
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Suhakam dedah Maria Chin minta Al-Quran dan tidak diberikan tilam"
Post a Comment