Seluar tutup aurat ketika bersalin, Mamapride menang emas dan sijil syariah

Pakaian wanita bersalin yang didakwa menutup aurat jenama Mamapride menerima pingat emas dan sijil patuh syariah.

Seluar panjang itu, mempunyai zip di bahagian sisi, yang melindungi paha, lutut dan betis wanita sewaktu proses bersalin dirintis Dr Khairul Afnan pada 2014, lapor Sinar Harian.

Seluar tutup aurat ketika bersalin, mamapride menang emas dan sijil syariah

Seluar tutup aurat ketika bersalin, mamapride menang emas dan sijil syariah

“Hasil dari kerjasama ini terhasillah inovasi Mamapride, seluar bersalin mesra aurat yang pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin juga yang pertama di dunia,” kata Ahmad Ramadan Mohd Nor, pegawai bahagian inovasi jenama tersebut.

Anugerah disampaikan timbalan mufti Selangor Anhar Opir di ekspo rekaan dan idea patuh syariah ISCIIID 2016 di sini selama dua hari yang berakhir kelmarin.

Ekspo rekaan dan inovasi Islam itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Seluar tutup aurat ketika bersalin, Mamapride menang emas dan sijil syariah"

Post a Comment