Penjaga tandas awam intai wanita dalam tandas dipenjara 2 hari

Penjaga tandas awam intai wanita dalam tandas dipenjara 2 hari | Seorang penjaga tandas awam hari ini dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengintai seorang wanita di tandas itu pada 10 November lepas.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu terhadap Azmi Maliki, 49, setelah dia mengaku bersalah mengintai seorang wanita berusia 23 tahun dengan tujuan mengaibkan kehormatannya.

Penjaga tandas awam intai wanita dalam tandas dipenjara 2 hari

Penjaga tandas awam intai wanita dalam tandas dipenjara 2 hari

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu hari ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah tandas awam di Taman Paramount, Jalan 20/19, Seapark di sini pada 8.50 pagi, 10 November lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sudah berumur dan seharusnya menunjukkan kelakuan baik.

“Pada usia 49 tahun, tertuduh sudah berfikiran matang dan tidak seharusnya melakukan jenayah sebegini. Saya mohon hukuman yang dikenakan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat awam,” katanya.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf atas perbuatannya dan ingin bertaubat.

Mengikut fakta kes, mangsa tidak sedar dia sedang diintai ketika menggunakan tandas namun seorang pengguna tandas lain memberitahunya dengan cara mengetuk pintu tandasnya dan memberitahu seorang lelaki (Azmi) sedang mengintainya.

Azmi kemudian cuba melarikan diri namun dapat ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis. – Bernama

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Penjaga tandas awam intai wanita dalam tandas dipenjara 2 hari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect