Dah la menyamar jadi doktor, dihalau pula waris pesakit

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana menyamar sebagai doktor dan mengganggu pelawat yang menunggu pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Dah la menyamar jadi doktor, dihalau pula waris pesakit

Dah la menyamar jadi doktor, dihalau pula waris pesakit

Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi tadi di Wad Bendahara HRPZ II.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Setapa Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kejadian disedari seorang jururawat berusia 35 tahun sebaik dimaklumkan waris pesakit ketika suspek datang ke situ dan menghalaunya (tidak benar menunggu di situ).

“Waris terbabit memaklumkan kepada jururawat itu sebelum dia ke sana dan mendapati lelaki berkenaan bukan seorang doktor,” katanya.

Beliau berkata, jururawat berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan suspek ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman hari ini sehingga Rabu,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Dah la menyamar jadi doktor, dihalau pula waris pesakit"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect