Arakan, Myanmar umpama Gaza kedua akibat serangan ke atas etnik Rohingya

Gaza kedua. Itu kebimbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berikutan keadaan di Arakan, Myanmar yang semakin buruk dengan serangan demi serangan ke atas etnik Rohingya.

Terkepung di kawasan terbuka dengan sempadan dan laluan ditutup cukup menggambarkan betapa tindakan segera perlu diambil bagi menyelamatkan saudara seagama yang ditindas sejak puluhan tahun lalu.

 
Arakan, Myanmar umpama Gaza kedua akibat serangan ke atas etnik Rohingya

Arakan, Myanmar umpama Gaza kedua akibat serangan ke atas etnik Rohingya

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, yang terbaharu, jiran paling hampir dengan Arakan iaitu Bangladesh juga menutup pintu menyebabkan etnik Rohingya terutama di Maungdaw kini umpama menadah serangan yang tidak putus.

Katanya, apa yang berlaku ialah umat Islam di sana berlari ke kawasan yang dirasakan selamat selepas rumah mereka dibakar pelampau agama dibantu anggota keselamatan tanpa belas kasihan.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Arakan, Myanmar umpama Gaza kedua akibat serangan ke atas etnik Rohingya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect