Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.
Sultan Muhammad V dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15
Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang ketika ini oleh Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember ini.
Berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15
Sumber: Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Yang diPertuan Agong ke-15"
Post a Comment