Kalau Tuhan kata saya mati di tangan ekstremis, itu semua dengan izin Allah, kata Siti Kasim

Kalau Tuhan kata saya mati di tangan ekstremis, itu semua dengan izin Allah, kata Siti Kasim | Tiada makna jika hidup dalam ketakutan, demikian pegangan Siti Kasim, lantang menentang rang undang-undang (RUU) persendirian yang diusulkan PAS.

Peguam berusia 53 tahun ini sekali lagi mendapat perhatian selepas menunjukkan jari tengah kepada hadirin dalam satu forum yang diadakan awal bulan ini.

Kalau Tuhan kata saya mati di tangan ekstremis, itu semua dengan izin Allah, kata Siti Kasim

Kalau Tuhan kata saya mati di tangan ekstremis, itu semua dengan izin Allah, kata Siti Kasim

Aktivis nasib Orang Asli ini juga tidak sesekali kesal dengan tindakannya itu, malah tidak pula gentar jika puak pelampau datang membalas dendam mengancam keselamatannya.

“Jika saya hidup dalam ketakutan, hidup saya tidak bermakna. Jika mereka lakukan sesuatu pada saya, ini menunjukkan mereka tidak membenarkan orang lain mempunyai pemikiran berbeza.

“Ini menunjukkan Islam jenis apa yang mereka ikuti. Sama juga Melayu yang memburuk-burukkan saya di Facebook, ia menunjukkan diri mereka sebenar.

“Kita percaya semuanya [takdir] sudah tertulis. Kalau Tuhan kata saya mati di tangan ekstremis, itu semua dengan izin Allah,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO baru-baru ini.

Di majlis forum 5 September lalu, ucapan Siti sering diganggu ketika mengajukan soalan kepada setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, seorang panelis isu memperkasakan mahkamah syariah seperti usul presindennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Datang berbaju kurung tidak menghalang beliau menunjukkan jari tengah kepada segelintir peserta yang mengejeknya selepas menyatakan bantahannya terhadap hukum hudud.

Ibu tunggal beranak satu ini berkata tentangannya terhadap RUU persendirian PAS di Dewan Rakyat demi memperjuangkan masa depan generasi akan datang.

Jika hudud dilaksanakan di negara ini, orang Melayu akan menderita, tegas peguam Siti Kasim. — Foto oleh Choo Choy MayJika hudud dilaksanakan di negara ini, orang Melayu akan menderita, tegas peguam Siti Kasim. — Foto oleh Choo Choy MayTambahnya, walaupun beliau kini lebih berhati-hati, namun isu itu tetap akan diperjuangkan beliau walaupun hanya tinggal sendirian.

“Sudah tentu saya lebih berhati-hati. Saya sedar terdapat ancaman tetapi saya tidak boleh hidup dalam ketakutan.

“Saya akan teruskan apa yang saya lakukan. Bukan untuk saya tetapi untuk anak cucu saya dan juga semua orang Melayu.

“Teruskan cara anda. Jika anda rasa betul, itu tidak mengubah hidup saya. Jika mereka mendekati saya dan berlaku apa-apa pada saya, itu sudah ketentuan Tuhan,” katanya.

Mengulas mengenai RUU yang dibentangkan Mei lalu, Siti berkata kuasa mahkamah syariah akan diperluas sehingga mampu menguatkuasakan hukum hudud.

Katanya, kelemahan mahkamah syariah perlu diperbaiki sebelum mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.

“Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan diikuti negeri lain, mereka boleh hukum dengan hukuman hudud termasuk potong tangan dan rejam tidak sampai mati.

“Interpretasinya sungguh luas. Jangan kata itu bukan hudud. Pindaan yang mereka minta dalam hudud untuk dibawa ke mahkamah syariah.

“Mereka boleh buat segalanya tetapi kita orang Melayu akan menderita. Tengok negara lain yang melaksanakan hudud, sangat teruk,” katanya, dengan memberi contoh Aceh di Indonesia yang melaksanakan hukuman Islam itu sejak 2001.

Forum ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’ anjuran Sinar Harian yang dihadiri Siti diadakan bagi mengulas kontroversi usul Abdul Hadi, yang mendapat dukungan Umno.

Siti mengetuai saman sivil bagi menyekat RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 seperti yang diusulkan itu.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Kalau Tuhan kata saya mati di tangan ekstremis, itu semua dengan izin Allah, kata Siti Kasim"

Post a Comment