Kepintaran anak banyak dipengaruhi ibunya berbanding bapa kerana maklumat tersebut tersimpan dalam kromosom X, kata penyelidik.
Ibu membawa dua kromosom X, sementara bapa hanya ada satu kromosom X (satu lagi Y), maklumat baka yang membawa DNA induk untuk diwariskan kepada generasi berikutnya.
Kajian: Bukan baka bapa, hanya gen ibu pintarkan anak (VIDEO)
Maklumat ini, atau gen, dipanggil “gen yang terasuh”. Kepintaran termasuk dalam gen jenis ini yang datang daripada benih ibu, lapor portal The Independent semalam.
Jika ada warisan kromosom X daripada bapa, maklumat gen tersebut tidak akan diaktifkan.
Kajian pada tikus di makmal mendapati sel-sel dengan gen bapa banyak di sistem limbik dalam otak, bahagian yang mengawal soal makan, seks dan keagresifan.
Namun penyelidik tidak menemui gen bapa dalam korteks serebrum, bahagian otak yang mengawal kemahiran berfikir, menaakul, berbahasa dan merancang.
Untuk memastikan kajian ini sesuai dalam konteks manusia, penyelidik di Glasgow, Scotland setiap tahun menemubual 12,686 anak muda berusia 14 hingga 22 tahun sejak 1994.
Kajian pasukan ini mendapati kepintaran ibu masih lagi unsur pengaruh terbaik kepintaran anak-anak berbanding pendidikan, kaum dan status sosio-ekonomi mereka.
Penyelidik juga mengingatkan maklumat gen bukan satu-satunya yang menentukan tahap kepintaran — hanya 40 hingga 60 peratus diwarisi, selebihnya dipelajari daripada persekitaran.
Tetapi ibu masih kuat peranannya membentuk kepintaran ketika mengasuh anak, dengan kajian menunjukkan hubungan erat ibu-anak turut dikaitkan dengan tingkat kepintaran.
Penyelidik di Universiti Washington mendapati hubungan emosi yang kuat antara ibu dan anak itu penting untuk pertumbuhan bahagian-bahagian tertentu otak, lapor portal itu lagi.
Hubungan era ibu-anak selama tujuh tahun, dan keperluan intelek anak pula dijaga, menunjukkan bahagian hipokampus kanak-kanak lebih besar 10 peratus pada usia 13 tahun.
Hipokampus satu bahagian otak yang melibatkan ingatan, pembelajaran dan upaya melawan tekanan.
Ertinya, hubungan erat dengan ibu menyuburkan rasa selamat anak untuk meneroka alam sekelilingnya dan keyakinan diri untuk menyelesaikan masalah.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kajian: Gen ibu pintarkan anak bukan dari gen bapa"
Post a Comment