Tanda tanya mengenai kematian seorang pekerja pusat kecantikan di sebuah bilik di Tanjung Aru, Ahad lalu terjawab apabila siasatan mendapati gadis itu rupa-rupanya mati dipercayai akibat dicekik.
Norfazlina Abantas
|
Mangsa, Norfazlina Abantas, 19, dari Lahad Datu dipercayai dicekik oleh suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa menolak lamarannya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, hasil laporan bedah siasat, mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan tulang hidung patah serta tercabut sebatang gigi yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, polis telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden itu.
“Ekoran penahanan suspek pertama, polis turut menahan seorang lagi lelaki yang juga suspek utama berusia 25 tahun di Kampung Makatol Darat, Kota Marudu pada pukul 10 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Chandra, pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada rasa cemburu dan tidak puas hati suspek terhadap mangsa.
Selain itu, ujar beliau, saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif penyalahgunaan dadah jenis syabu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Utusan Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Gadis mati dikecik gara-gara tolak lamaran seorang lelaki"
Post a Comment