BELUM pun bermula saingan program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang bakal disiarkan bermula Ahad ini, sudah ada kontroversi yang melanda penerbitan rancangan tersebut.
Semuanya gara-gara tersebar gambar peserta GV3 yang belum diedit di laman sosial sekali gus dikritik netizen yang berasakan ia sesuatu hasil yang sangat ‘sedih dan menjelikkan’ sehinggakan merosakkan imej penyanyi-penyanyi berbakat tersebut.
Sebagai contoh, gambar penyanyi Zur Eda yang menerima kritikan negatif daripada netizen selepas melihat perbandingan foto sebelum dan selepas diedit miliknya.
Selain Zur Eda, antara barisan peserta yang terlibat dalam GV3 ialah Siti Sarah, Nora, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Azharina, Rem, Ameng, Razis Ismail, Zarul Umbrella, Gmie Screen, dan Shidee Data.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Foto ‘Hodoh’ Peserta GV3 Tersebar, Dikritik Netizen. Undang Kecewa Kesemua Peserta GV3. Ini Respon Mereka."
Post a Comment