Seorang Ahli Parlimen Mesir menggesa wanita diwajibkan menjalani ujian dara sebelum dibenarkan memasuki universiti di negara itu.
Elhamy Agina mendesak Menteri Pendidikan Tinggi mengeluarkan mandat kepada beliau atau pegawainya untuk melaksanakan ujian itu, lapor Egyptian Streets.
Ahli Parlimen Mesir gesa wanita diwajibkan ambil ujian dara sebelum dibenarkan masuk universiti
Beliau juga mencadangkan kad universiti cuma dikeluarkan kepada pelajar wanita yang sudah menjalani ujian itu.
Dalam temubual dengan media tempatan, beliau berkata: “Mana-mana gadis yang memasuki universiti, kita perlu meneliti pemeriksaan kesihatannya untuk membuktikan beliau masih ‘dara’.
“Oleh itu, mereka perlu menyerahkan dokumen rasmi sebelum memasuki universiti menyatakan mereka masih bergelar dara.”
Beliau juga dilaporkan meminta orang ramai tidak marah dengan keputusan itu kerana jika tidak, ibu bapa sebenarnya takut anak gadis mereka berkahwin secara ‘urfi’ tanpa pengetahuan keluarga.
Perkahwinan urfi boleh dilakukan tanpa kebenaran wali perempuan dan cuma memerlukan dua saksi, menyebabkan wujudkan persepsi dalam kalangan masyarakat Mesir ia adalah perkahwinan rahsia.
Ia dipercayai amalan biasa dalam kalangan pasangan muda yang tidak mampu mengeluarkan belanja tinggi mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran.
Agina, ketika mempertahankan kenyataannya, berkata ia disalah erti dan beliau cuma membuat cadangan.
“Orang ramai memarahi saya dan kecewa. Saya tidak menuntut ia dilaksanakan. Saya membuat cadangan. Ada perbezaan besar antara tuntutan dan cadangan,” katanya.
Kenyataan beliau mengundang kritikan di media sosial.
Aktivis feminis terkemuka Mesir, Mona Eltahawy, menulis dalam akaun Twitter: “Saya nampak kesinambungan keasyikan Elhamy Agina dengan alat sulit wanita.” – Agensi
Sumber: Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Ahli Parlimen Mesir gesa wanita diwajibkan ambil ujian dara sebelum dibenarkan masuk universiti"
Post a Comment