Seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran sanggup menekup mulut anaknya sebelum menyedari bayi perempuan itu tidak sedarkan diri dalam kejadian di Bukit Palah di sini, hari ini.
Bayi mati ditekup mulut oleh ibu berusia 18 tahun – Gambar hiasan dari evoke.ie
Menurut sumber, remaja itu kemudian memaklumkan teman lelaki berusia 17 tahun sebelum perkara tersebut diketahui ibu bapa pasangan masing-masing sebelum bapa remaja perempuan itu membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan dan tangkapan terhadap kedua-dua pasangan remaja terbabit dilakukan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Semata-mata nak sembunyi kelahiran, ibu 18 tahun tekup mulut anak sampai mati di Melaka"
Post a Comment