Sering bertukar kenyataan mengenai status cinta bersama Azrel Ismail, pelakon Ruhainies bimbang masyarakat akan menganggapnya seorang penipu.
Oleh itu, selebriti itu menjelaskan bahawa kisah percintaan mereka yang dilaporkan media sebelum ini hanyalah salah faham.
Ruhainies takut digelar penipu
Sekejap bercinta, sekejap bukan? Ruhainies takut digelar ‘kaki kelentong’
“Memang saya risau. Takut jugalah bila orang akan labelkan saya penipu dan sengaja mengadakan cerita walhal sebenarnya memang kami langsung tidak bercinta.
“Sebab itulah saya perlu perbetulkan keadaan supaya semua pihak faham dengan situasi sebenar kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pemilik nama Ruhanies Farehah itu mendakwa tidak tahu menahu bagaimana kisah tersebut boleh timbul, walaupun beliau ada di sebelah Azrel ketika temubual.
“Saya ada dengan Azrel dan dia tak cakap macam itu pun. Cuma, dia ada cakap dia suka saya, itu sahaja. Tak ada pula keluar perkataan cinta,” kata heroin drama Menantu Ting Tong ini.
Awal September lalu, media melaporkan Ruhainies dan Azrel mengaku menjalinkan hubungan.
Ruhainies dipetik berkata tidak mahu menghebohkan perkara berkenaan kerana mahu pengakuan dimulakan pihak lelaki.
Azrel pula dilaporkan mengakui hubungan mereka mendapat restu kedua-dua keluarga dan berputik sejak tahun lalu.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Sekejap cinta, sekejap tak cinta? Ruhainies takut digelar penipu"
Post a Comment