Dianggarkan lebih 1,000 pesara kerajaan mempunyai dua isteri sudah mendaftar dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk kemudahan konsesi bagi perkhidmatan tren ETS dan tren Intercity yang ditawarkan dengan diskaun sebanyak 40 peratus sejak Ogos lalu
Ramai pesara kerajaan dua isteri daftar
Menurut kenyataan dikeluarkan KTMB kepada Harian Metro, mereka hanya perlu melampirkan surat nikah untuk mendapatkan kemudahan berkenaan.
Katanya, ia memberi kemudahan dan keistimewaan kepada pesara kerajaan yang mempunyai dua isteri untuk menjamin kesamarataan antara isteri pertama dan kedua.
“Kemudahan itu tertakluk bagi tempahan tiket dalam tempoh 60 hari dari tarikh perjalanan sahaja.
“Selain ditawarkan kepada pesara kerajaan pihak kami juga menawarkan kemudahan ini kepada isteri mereka iaitu tertakluk kepada dua isteri yang berdaftar di mana isteri kedua hanya perlu melampirkan surat nikah bagi permohonan yang dikemukakan kepada kami.
“Tiada kelayakan yang diperlukan untuk mana-mana isteri kedua sebaliknya hanya surat kahwin sahaja manakala bagi pesara kerajaan mereka perlu mengemukakan kad pencen atau pesara ketika membeli tiket berkenaan,” kata kenyataan itu.
Katanya, pengurusan KTMB amat mengalu-alukan kepada semua pesara kerajaan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan bagi membuat mana-mana destinasi dengan menggunakan perkhidmatan ETS dan tren Intercity,” katanya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Ramai pesara kerajaan punyai dua isteri daftar KTMB"
Post a Comment