Polis sudah mengenalpasti seorang daripada dua suspek larikan Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga, 15, di Bandar Tun Hussein Onn, semalam.
Suspek larikan Nur Darleen dikenal pasti
Baca artikel sebelum: Video Adik Nur Darleen Dazeera akhirnya ditemui selamat
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berkenaan berusia 25 tahun, seorang penggangur dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain menetap berhampiran rumah mangsa.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
“Kami juga masih mengesan kedua-dua suspek yang melarikan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan melakukan penculikan.
Othma berkata, pihaknya turut menyiasat semua aspek termasuk wujud rekaan penculikan dalam kes berkenaan.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Polis kenal pasti suspek larikan Nur Darleen, rupanya tinggal berhampiran"
Post a Comment