Penjelasan sebenar kes cerai Pial Khadilla dan Ahmed El-Rabaa oleh Sahabat Mahkamah Syariah

FAKTA SEBENAR KES PIAL KHADILLA BINTI ABDULLAH & AHMED EL-RABAA. Hari ini inbox page Sahabat Mahkamah Syariah dihujani dengan pertanyaan tentang status FB Pial Khadilla Abdullah yang mendakwa kes cerainya mengambil masa 6 tahun untuk diselesaikan oleh mahkamah syariah. Alhamdulillah, ramai yang prihatin dengan nasib Pial Khadilla ini.

Baca: Wanita kecewa dengan sistem cerai mahkamah syariah luah perasaan

Penjelasan sebenar kes cerai Pial Khadilla dan Ahmed El-Rabaa oleh Sahabat Mahkamah Syariah

Penjelasan sebenar kes cerai Pial Khadilla dan Ahmed El-Rabaa oleh Sahabat Mahkamah Syariah

Admin dengan rasa tanggungjawab telah menghubungi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan fakta sebenar.

Kes perceraian ini mengambil masa 6 tahun sebagaimana didakwa oleh beliau sebenarnya melibatkan 3 kali pemfailan kes cerai yang berasingan. Ini disebabkan masalah komitmen kehadiran kedua-dua pihak dan kurang pengetahuan sehingga menyebabkan kes cerai pertama dibuang sementara kes cerai kedua ditarik balik. Pada hakikatnya kes fasakh yang dimaksudkan dalam status tersebut hanya mengambil masa penyelesaian selama 10 bulan sahaja dari tarikh pendaftaran.

Kes hadhanah dan hak lawatan anak telah selesai bicara dan tarikh keputusan telah ditetapkan. Manakala kes nafkah anak yang telah berjalan selama 2 tahun telahpun diperingkat keterangan soal balas Defendan. Kes ini dijangka boleh diselesaikan dalam tahun ini sekiranya mendapat komitmen penuh dari pihak-pihak dan Peguam.

Berikut adalah penjelasan dan kedudukan semasa kes-kes Pial Khadila Binti Abdullah & Ahmed El-Rabaa:

1. PEMBUBARAN PERKAHWINAN

1.1 14004-057-0310-2011
(Tuntutan Taklik)
Hakim Bicara : Tuan Khairul Azwadi Bin Mohamed Nor
Tarikh Daftar : 11 April 2011
Plaintif : Pial Khadila Binti Abdullah
Peguam Plaintif : En. Fakhrul Azman – Tetuan Azaine Fakhrul
Defendan : Ahmed El-Rabba
Peguam Defendan : Datuk Zainul Rijal Bin Abu Bakar – Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir
Status : Selesai – Buang Kes (31.07.2012)
Sebab : Plaintif tidak hadir

1.2 14008-057-0557-2013
(Tuntutan Taklik)
Hakim Bicara : Tuan Izzat Syazli Bin Murshid
Tarikh Daftar : 24 Julai 2013
Plaintif : Pial Khadila Binti Abdullah
Peguam Plaintif : Dr. Zulqarnain & Ariff Azami Bin Hussein
– Tetuan Asri Musa (Notis Penukaran Peguam bertarikh 03.04.2014)
Defendan : Ahmed El-Rabba
Peguam Defendan : Datuk Zainul Rijal Bin Abu Bakar – Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir
Status : Selesai – Tarik Balik oleh Plaintif (14.01.2016)
Sebab : Notis Tarik Balik oleh Tetuan Asri Musa & Associates bertarikh 31.07.2015.

1.3 14011-014-0463-2015
(Tuntutan Fasakh)
Hakim Bicara : Tuan Mohd Saifullah Bin Hamzah
Tarikh Daftar : 31 Julai 2015
Plaintif : Pial Khadila Binti Abdullah
Peguam Plaintif : Dr. Zulqarnain & Ariff Azami Bin Hussein
– Tetuan Asri Musa
Defendan : Ahmed El-Rabba
Peguam Defendan : Datuk Zainul Rijal Bin Abu Bakar – Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir
Status : Selesai – Permohonan diluluskan. Mahkamah memfasakhkan pernikahan antara Plaintif dan Defendan mulai 23 Mei 2016 di bawah seksyen 52(1)(b) 52 (1)(d), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

1.4 14500-014-0017-2016
(Rayuan ke atas keputusan kes 14011-014-0463-2015)
Tarikh Daftar : 06 Jun 2016
Perayu : Ahmed El-Rabba
Peguam Perayu : Mohd Iz’aan Bin Azlan – Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir
Responden : Pial Khadila Binti Abdullah
Peguam Responden: –
Status : Penyediaan Alasan Penghakiman dan Nota Keterangan dari Hakim Bicara

Kesimpulannya, kes ini bukan bermakna satu kes itu mengambil masa 6 tahun untuk diselesaikan. Ada 3 kes dan kes ketiga iaitu hanya mengambil masa 10 bulan untuk diselesaikan.

Mengenai rayuan yang di buat oleh defendan, pihak mahkamah tidak boleh menafikan hak defendan untuk merayu.

Diharap penjelasan ini dapat membantu orang awam memahami kes ini dan tolong bantu admin viralkan.

Sumber: FB Sahabat Mahkamah Syariah



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Penjelasan sebenar kes cerai Pial Khadilla dan Ahmed El-Rabaa oleh Sahabat Mahkamah Syariah"

Post a Comment