Orang awam hanya mampu melihat apabila seorang wanita diserang dan ditikam sekurang-kurang 22 kali di tempat awam, kelmarin.
Menurut laporan Indian Express, Karuna yang bertugas sebagai guru telah ditikam menggunakan gunting oleh penyerangnya.
Cikgu ditikam 22 kali, orang awam tergamam
Siasatan awal polis menyebut penyerang adalah Aditya Malik iaitu lelaki yang tidak mahu dinikahi oleh Karuna sebelum ini.
Aditya juga didakwa sudah mengekori (stalking) Karuna selama 18 bulan sebelumserangan kelmarin dibuat.
“Tertuduh menyerang Karuna ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke sekolah Novel Reaches,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Utara, Madhur Verma.
Kata Madhur, mangsa maut selepas dihantar ke hospital Sushruta.
“Tertuduh telah ditangkap dan dibelasah oleh orang awam. Tertuduh kini dirawat di hospital Aruna Asaf Ali dan dikawal oleh polis.
“Tertuduh juga mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan Karuna,” jelas Madhur.
Polis masih menyiasat kejadian tersebut.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Orang awam tergamam lihat cikgu wanita ditikam 22 kali dengan gunting"
Post a Comment