Nasi Lemak Ammara Ann II dicurah pasir, hilang punca pendapatan

Saya berharap kami sekeluarga tidak dipandang serong kerana kami hanya mencari rezeki halal,” kata peniaga Nasi Lemak Ammara Ann II yang hanya mahu dikenali Kak Ann, 34, selepas mendakwa menjadi mangsa fitnah di Facebook (FB) sehingga diviralkan pihak tertentu.

Nasi Lemak Ammara Ann II

Nasi Lemak Ammara Ann II

Nasi lemak ‘dicurah pasir’

Kak Ann berkata, dia kecewa apabila ada akaun palsu FB atas nama Suhaila (Ila) memburukkan dirinya sekeluarga kononnya mereka menipu pelanggan sehingga menjejaskan perniagaannya.

“Saya tidak tahu apa niat pemilik akaun itu sehingga menjejaskan pendapatan kami sekeluarga yang menerima bantuan Baitulmal sejak lapan bulan lalu.

“Sejak penyebaran berita kononnya kami menipu pelanggan menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan sejak sebulan lalu hingga terpaksa menagih simpati Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Dia yang menggunakan akaun FB dengan nama Nasi Lemak Ammara Ann II, mempunyai pelanggan tetap bukan saja penduduk tempatan malah luar Johor.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Nasi Lemak Ammara Ann II dicurah pasir, hilang punca pendapatan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect