Makan hati ikan jerung bila dia tengok aksi seksi lelaki ini

Anda pernah menonton pertandingan ratu cantik atau peragaan fesyen? Kalau pernah, anda pasti teruja dengan aksi seksi, kecantikan, kehebatan serta keyakinan yang dimiliki para model ketika menggayakan koleksi pakaian, mahupun ketika catwalk atau melakukan pose.

Malah, tidak dinafikan perkara yang paling membuatkan setiap penonton terpegun setiap kali melihat peragawati atau peragawan membuat pertunjukkan adalah bentuk badan mereka yang langsing, cantik, tinggi dan berbadan sasa.

Makan hati ikan jerung bila dia tengok aksi seksi lelaki ini

Makan hati ikan jerung bila dia tengok aksi seksi lelaki ini

Namun, berbeza dengan sebuah video yang kini viral di laman sosial dan mencuri perhatian ramai memaparkan aksi seorang lelaki berbadan gempal yang kelihatan penuh yakin melakukan pose-pose ala manja dan ‘seksi’.

Video berdurasi 30 saat yang dikongsi laman Facebook Metafora Anafora pada Khamis menunjukkan ‘model’ itu melakukan beberapa aksi yang dirasakannya begitu ‘menggoda’ seperti berbaring di atas sebuah dek sambil menghayun kakinya ke udara.

Lebih membuatkan model-model profesional ‘makan hati’ apabila menonton video ini adalah apabila lelaki itu kelihatan muncul dari dalam air dengan penuh ‘feeling’ seolah seperti ikan duyung yang cantik sambil berlatarkan lagu ‘Naughty Girl’, yang dinyanyikan penyanyi antarabangsa, Beyonce.

Seperti kebiasaan model-model lain, lelaki ini turut melakukan aksi catwalk dengan ‘busana’ seksinya ditemani beberapa ‘model lain’, sebelum video itu berakhir dengan memaparkan dia menjatuhkan dirinya ke dalam tasik dengan penuh dramatik.

Video yang kini ditonton lebih 6,000 pengguna Facebook nyata mencuit hati ramai netizen ekoran gaya selamba lelaki itu.

“Hehe… makan hati jerung tengok dari kejauhan,” tulis pengguna Facebook Nurnilam Sari.

Arina Ahmad menulis: “Mintak kena gilis dengan lori.”

“Apesal air tu tukar keruh bila dia terjun dalam air masa part last,” seloroh Khairul Azmi.

Sementara EyQa AtieQa berkata: “Keyakinan diri beliau sangat tinggi.”

 Semoga terhibur!

Sumber: Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Makan hati ikan jerung bila dia tengok aksi seksi lelaki ini"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect