Lelaki berjambang tebal buat wanita tertarik buat hubungan jangka panjang

Lelaki berjambang tebal didakwa menyebabkan kaum wanita lebih tertarik untuk menjalinkan hubungan dengan mereka dalam sebuah kajian terbaru. Simpanlah pencukur anda! Namun begitu, mereka lebih tertarik untuk menjalin hubungan jangka pendek dengan lelaki yang jambangnya cuma nipis, lapor portal The Telegraph.

Lelaki berjambang tebal buat wanita tertarik buat hubungan jangka panjang

Lelaki berjambang tebal buat wanita tertarik buat hubungan jangka panjang

Dakwaan tersebut ekoran sebuah kajian University of Queensland di Australia, yang meminta 8,520 orang wanita melihat beberapa gambar lelaki dan memberikan penilaian mengenai daya tarikan fizikal mereka.

Penilaian itu dibuat berdasarkan paparan beberapa imej lelaki di mana bulu roma muka mereka dimanipulasi, daripada dicukur licin, sehinggalah menyimpan janggut tebal.

Ciri-ciri seperti tulang pipi dan garis rahang juga telah dimanipulasikan untuk membuat penampilan mereka samada kurang atau lebih maskulin.

Hasil penilaian peserta kajian tersebut mendapati bahawa muka yang terlalu maskulin atau terlalu feminin dianggap sebagai paling tidak menarik.

Sementara itu, muka berjanggut sepenuhnya dinilai sebagai lebih menarik untuk hubungan jangka panjang.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa berjambang lebat mungkin kelihatan lebih menarik berdasarkan hubungan jangka panjang sebagai isyarat kehebatan antara jantina, dan potensi untuk memberikan manfaat terus kepada wanita,” kata ketua penyelidik Dr Barnaby Dixson dalam Journal of Evolutionary Biology.

“Konteks hubungan juga mempunyai kesan ke atas penilaian, di mana janggut meningkatkan daya tarikan jangka panjang dan bukan jangka pendek.”

Semantara itu, kajian Universiti Northumbria di sini pada 2008 mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki berjambang nipis daripada mereka yang bercukur licin atau menyimpan janggut penuh.

“”enyimpan jambang dikaitkan dengan persepsi agresif yang tinggi, di mana muka berjambang dikatakan paling agresif manakala muka bercukur licin pula dinilai sebagai paling kurang agresif,” kata penyelidik.

“Ini menunjukkan golongan wanita tidak memilih muka yang bersifat sangat atau kurang maskulin, tetapi sebaliknya lebih suka kepada lelaki yang jelas matang tetapi bukan baru sahaja baligh.”

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Lelaki berjambang tebal buat wanita tertarik buat hubungan jangka panjang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect