Polis akan menyiasat pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah kerana didakwa cuba menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri melalui demonstrasi Bersih 5.
Ketua polis negara berkata Maria Chin Abdullah disiasat bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atau kesalahan memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khalid: Ketua Bersih, Maria Chin Abdullah disiasat kes cuba jatuhkan kerajaan, Najib
Khalid: Ketua Bersih, disiasat kes cuba jatuhkan kerajaan, Najib
“Kita juga menjalankan siasatan terhadap Maria Chin yang mahu menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri melalui Bersih 5,” kata Tan Sri Khalid Abu Bakar di Bukit Aman di sini.
“Kita sedang menyiasat beliau di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.”
Bersih 2.0 baru-baru ini mengumumkan perhimpunan kelima pada 19 November, bermula dengan jelajah konvoi Bersih ke seluruh negara mulai 1 Oktober ini.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Ketua Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah disiasat kes cuba jatuhkan Najib"
Post a Comment