Jawapan pelajar tentang soalan kondom dalam PT3 adalah betul, kementerian siasat kenapa ditanda salah oleh guru

Timbalan menteri pendidikan menyatakan jawapan pelajar berkaitan soalan kondom dalam peperiksaan percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sewajarnya ditandakan betul.

“Saya masih minta pegawai untuk menyiasat. Saya tidak tahu di mana sekolah terbabit.

“Bagaimanapun, menandakan jawapan tersebut sebagai salah adalah sesuatu yang tidak kena kerana kondom digunakan untuk mencegah kehamilan dan ia [jawapan itu] betul.

“Namun kita akan siasat dan lihat apa masalah sebenar,” kata Chong Sin Woon seperti dilaporkan Star Online semalam.

 

Jawapan pelajar tentang soalan kondom dalam PT3 adalah betul, kementerian siasat kenapa ditanda salah oleh guru

Jawapan pelajar tentang soalan kondom dalam PT3 adalah betul, kementerian siasat kenapa ditanda salah oleh guru

Soalan berkaitan kondom dalam peperiksaan percubaan PT3 menjadi viral di media sosial sejak awal minggu ini dan mengundang kontroversi apabila jawapan itu ditandakan salah.

Soalan itu, untuk mata pelajaran Sains, berbunyi: “Penjualan kondom secara terbuka di kedai akan memberi impak negatif hingga menimbulkan masalah sosial dalam sesebuah masyarakat. Adakah anda bersetuju? Berikan penjelasan anda.”

Menurut imej soalan yang tersebar itu, jawapan pelajar itu didakwa berbunyi: “Tidak, kerana kondom sebagai satu langkah mengawal kelahiran yang diperlukan untuk mencegah kehamilan.”

Namun, pemeriksa yang menyemak kertas soalan itu menandakan jawapan tersebut salah.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Jawapan pelajar tentang soalan kondom dalam PT3 adalah betul, kementerian siasat kenapa ditanda salah oleh guru"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect